ISKANDAR PUTERI: Kurang mahir membaca tulisan Jawi menjadi antara punca jumlah pengambilan calon peguam syarie di Johor sedikit pada setiap tahun, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata kelemahan itu menyebabkan calon lambat membaca soalan peperiksaan bertulis kerana soalan disediakan dalam tulisan Jawi selain tidak memahami kehendak soalan.
"Punca lain, calon salah merujuk peruntukkan seksyen. Contohnya, kesalahan umum di bawah undang-undang Islam negeri lain sedangkan peperiksaan tersebut mengenai undang-undang negeri Johor," katanya ketika menjawab soalan lisan Rashidah Ismail (BN-Pasir Raja) pada persidangan DUN Johor di Kota Iskandar, di sini.
Rashidah ingin mengetahui punca pengambilan peguam syarie di negeri ini sedikit setiap tahun sedangkan jumlah permohonan yang diterima begitu ramai.
Mohd Fared (BN-Semerah) berkata bagi menangani masalah itu sekali gus memastikan Johor dapat melahirkan lebih ramai peguam syarie berkualiti, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) melakukan penambahbaikan dengan cara membukukan soalan tahun lepas sebagai rujukan calon bagi menghadapi peperiksaan.
Katanya bagi calon yang berminat untuk mendapatkan buku soalan tersebut, mereka boleh membelinya melalui medium yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Beliau berkata MAIJ turut mencadangkan agar Persatuan Peguam Syarie Negeri Johor menganjurkan kursus persediaan peperiksaan kepada calon peperiksaan peguam syarie di negeri ini.
Menurutnya MAIJ sebelum ini telah menetapkan bahawa calon peguam syarie berkualiti haruslah melepasi markah 60 peratus bagi peperiksaan bertulis untuk melayakkan mereka masuk ke peringkat temuduga.
Bagi peringkat temuduga pula, katanya calon perlu melepasi markah 80 peratus untuk lulus dan markah penilaian itu akan dibawa ke dalam jawatankuasa peguam syarie untuk dibentangkan.
"Jika di peringkat jawatankuasa meluluskan, maka calon yang layak akan dimajukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peguam Syarie untuk dapatkan pengesahan lantikan," katanya sambil menambah seramai 87 calon memohon menjalani peperiksaan bertulis peguam syarie pada tahun lepas, namun hanya seorang yang lulus.
Mohd Fared memaklumkan sehingga hari ini, 192 peguam syarie sudah menerima Sijil Peguam Syarie dan Sijil Amalan Guaman Syarie untuk beramal di Mahkamah Syariah Negeri Johor.
"Peguam syarie negeri Johor diterima masuk berdasarkan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Negeri Johor 2015 dan dinilai berdasarkan tiga tahap iaitu kelayakan berdasarkan Kaedah 9 Kaedah-Kaedah Peguam Syarie, peperiksaan bertulis dan temuduga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023
Mohd Fared berkata kelemahan itu menyebabkan calon lambat membaca soalan peperiksaan kerana soalan disediakan dalam tulisan Jawi. - Gambar fail
Korea Selatan bercita-cita cipta kejutan ke atas Malaysia
Korea Selatan melaungkan amaran awal menjelang aksi peringkat suku akhir acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang hampir pasti bertemu Malaysia.
Ugutan bunuh Teresa Kok: Polis rakam keterangan dua individu
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kes masih dalam siasatan, setakat ini tiada sebarang tangkapan.
Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.
Filem 'Seindah Tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
Penghasilan filem bertajuk 'Linundus Do Koubasanan' (Seindah Tradisi) menjadi platform kepada PETRONAS untuk rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia lebih mengenali budaya serta tradisi suku kaum di Sabah.
Sabah sasar pasaran Timur Tengah
Sabah kini mensasarkan pasaran Timur Tengah dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri inI selepas Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyertai pameran perdagangan pelancongan yang diadakan di Dubai.
15 jentera bomba kompak bersaiz kecil diagihkan kepada Sarawak
Sejumlah 15 jentera bomba kompak (CFRT) bersaiz kecil yang berupaya bergerak ke kawasan pedalaman dan terpencik akan diagihkan kepada Sarawak tahun ini.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Peguam syarie perlu kuasai undang-undang sivil - Raja Muda Perlis
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah peguam syarie bukan sahaja perlu menguasai ilmu perundangan berkaitan undang-undang syariah tetapi juga undang-undang sivil.
Kurang mahir Jawi punca pengambilan calon peguam syarie Johor sedikit
Kurang mahir membaca tulisan Jawi menjadi antara punca jumlah pengambilan calon peguam syarie di Johor sedikit pada setiap tahun, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu hari ini.
Khidmat guaman syarie percuma bagi individu pendapatan RM3,000 ke bawah di Selangor
Penyelesaian kes kekeluargaan melalui bantuan guaman itu selaras dengan peranannya untuk menyantuni golongan yang memerlukan.
PGSM tawar konsultasi syariah percuma dalam talian sepanjang PKP
Katanya jika dalam tempoh PKP ini berlaku konflik dalam rumah tangga masyarakat Islam, pihak yang terbabit perlu mendapatkan nasihat perundangan syariah daripada peguam syarie yang bertauliah.
Umat Islam digalak amal konsep seru kebaikan demi cegah gejala negatif
Konsep itu perlu dilakukan bersungguh-sungguh dengan mengaplikasikan hakikat kebenaran ilmu pengetahuan dan undang-undang.
Nurul Izzah, suami cuba cari penyelesaian terbaik dalam isu penjagaan anak
Raja Ahmad Shahir Iskandar Raja Salim dan isterinya Nurul Izzah Anwar masih cuba mencari penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan isu hadanah yang difailkan Anggota Parlimen Lembah Pantai pada April.